mozabas photodesign | photography made from melaka | wedding shooter
KOMEN ANDA

ShoutMix chat widget

 
PELAWAT TERKINI
 
 
RAKAN SEPERJUANGAN
 
BILANGAN PELAWAT
 

:: UPDATE SLIDESHOW | SASHA & ANAS



Dah lama jugak aku tak update blog nie. Mana taknya, sekarang nie aku sekeluarga masih lagi batuk-batuk. Dulu demam dan batuk paling teruk dan paling lama pun 3 hari aje. Sekarang nie aku batuk-batuk dah masuk 2 minggu. Badan pulak kadang-kadang seram sejuk. Ubat jangan cakaplah, dah bertan-tan aku telan. Tak jalan jugak.

Doakan aku sekeluarga akan sembuh seperti sediakala untuk menyambut ramadhan tak berapa minggu aje lagi.

Aku pun nak mohon maaf kepada Shasha dan Anas sebab lama sangat nak upload slideshow korang berdua. Tapi janji dan kata tetap akan dikotakan. Harap Shasha dan Anis terhibur dengan slide show kat atas tue.

Mungkin sekarang nie Sasha sudah mula bekerja dan berada di utara sekarang nie. Anyway, kami di mozabas.com mengucapkan selamat pengantin baru kepada korang berdua. Semoga ianya berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang banyak. Amin....


-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 15 Ogos 2009




:: MAJLIS PERKAHWINAN | SASHA & ANAS



Sekarang nie aku tengah bercuti di rumah. Ini semua pasal virus H1N1. Tapi aku clear. Cuma demam biasa ajer. Satu rumah berjangkit. So doktor suruh aku duduk rehat kat rumah dan jangan keluar mana-mana. Takut berjangkit pulak. Tambah-tambah lagi sekarang jerebu makin teruk. Kat depan rumah aku sendiri pun aku nampak samar-samar ajer rumah jiran aku kat seberang jalan. Teruk betul jerebu nie, hujan lebat pun dia tak hilang.

Aku update bukan nak citer pasal jerebu atau demam ke apa ker....aku nak citer pasal majlis perkahwinan antara Tuan Majistret Sasha Diana dan pasangannya saudara Mohd Anas yang berasal dari Utara. Majlis berlangsung di Jasin, Melaka.

Kepada Shasha dan Anas, sempat upload untuk gambar intro nie ajer. So kena tunggukan "slideshow" sepenuhnya tak lama lagi.

Kalau nak tahu citer seterusnya....kenalah tungggguuu!!!



-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 6 Ogos 2009




:: UPDATE PAMERAN PENGANTIN DI MELAKA MALL













Sekali lagi MENTARI KREATIF telah mengadakan pameran pengantin khas untuk orang Melaka di pasaraya Melaka Mall, Ayer Keroh.

Ramai juga yang mendaftar untuk pameran kali ini. Dan antara photographer yang ambil bahagian adalah seperti KEJUMA, Tokmie, Jamal, Imran (IM Photographer) dan ramai lagi. Sambutan mengalakkan. Tengok tokmie dan jamal ajer tak menang tangan melayan customer yang singgah ke booth mereka. Masyukkk aaarrrr!!!....heheheehe...

Tahniah kepada photographer yang masuk pameran ini kerana anda telah melangkah lagi setapak dalam bidang photografi ini. Bangga sungguh tengok orang Melayu kita dah maju. Aku nie cuma tumpang ajer. Masih belum mampu nak masuk event besar-besar macam nie.

Time nie sempat jugak si lipaspencen gie shoot model-model yang CUN kat belakang stage. Macam lipas kudung daaa!!...hahahaha.... Aku di pahamkan bahawa ramai juga kalangan make-up artist dan model ini dilahirkan dari akademi Mentari Kreatif sendiri. Tabik la... Makin meriah dan berwarna warni la arena perkahwinan di Melaka nie nanti.

Cuma aku nak tekankan disini, kita masuk event besar macam nie bukan nak tunjuk sapa bagus. Sapa hebat...sapa lagi power...kita masuk event sebegini untuk cari makan sambil cuba untuk buka mentaliti orang ramai yang photographer tempatan lebih-lebih lagi Melayu kita sendiri sudah pergi jauh dalam bidang photografi perkahwinan ini. Dari gambar 4R kini sudah berubah kepada custom album.

Dari gambar statik kepada gambar candid yang mencuit hati. Dari filem kepada digital.....daripada foto kepada fotografik...

Jangan kita anggap kita dah boleh amik gambar dah boleh edit macam-macam, kita dah lupa diri. Dah berlagak sombong. Dah mula nak memperkecilkan orang lain. Dah mula letakkan nama kita setaraf orang yang punya nama besar seperti Saiful Nang, Udey ismail, Kukubesi dan ramai lagi.

Maaflah jika tulisan aku nie lain macam sikit. Tetapi hanya untuk renungan kepada diriku sendiri dan juga kepada para pembaca blog aku nie. Agar kita tidak terlalu mendongak ke langit tanpa lupa untuk melihat asalnya kita berdiri di bumi bertuah ini.

So renung-renungkan dan selamat beramal.... PEACE!..

-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 1 Ogos 2009




:: TAG WITH RAHMAN (R) STUDIO







Kali ini aku upload citer pasal aku tag bersama brader Rahman (R) Studio. Dah lama jugak aku tak ikut orang tua nie gie shoot. Kebetulan pulak masa tue aku free, boleh la aku tag along dengan dia.

Time yang aku tunggu adalah masa outdoor. Dan buat pertama kalinya, aku dapat shoot outdoor di Dataran Graha Makmuar, MBMB. Tak pernah aku dapat wat outdoor kat situ. Tempat pulak memang cantik. Kebetulan pulak, hari tue hari yang paling best. Awan pulak menjadi...Aduh!!!...best giler...

Hari tue jugak ada pameran pengantin di Melaka Mall. Lepas outdoor sempat juga singgah kat situ bagi support kat rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih pada Brader Nuar kerana sudi melayan kitaorang walaupun sibuk melayan customer yang singgah ke booth.

Kepada brader Rahman, bila lagi nak belanja aku makan PIZZA HUT!!!...hehehehe....

Nanti aku akan uploadkan pulak pasal pameran pengantin di Melaka Mall pada entry mendatang....so tunggu....



Terima kasih kepada saudara Kamarul a.k.a LipasPencen sebab sudi post citer aku dalam blog dia. Tak sangka pulak boleh terpilih dalam pertandingan photografi tue. Kata orang rezeki anak-anak. Terima kasih kepada rakan-rakan seperti Azrai dan yang lain-lain atas sokongan dan semangat yang diberikan selama ini. Thank you guys...

So, kalau nak citer lanjut lagi, sila layari www.lipaspencen.com/blog


-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 29 Julai 2009




:: MAJLIS PERKAHWINAN | WAN & INA



Maaf kerana agak lama tak update blog ini kerana kepadatan masa yang tidak mengizinkan aku untuk mengemaskini blog ini dengan kerap. Insya-allah jika ada masa lapang, aku akan sentiasa update blog nie. Kepada pengunjung blog nie, terima kasih atas sokongan anda semua.

Kali ini aku updatekan majlis perkahwinan Ina dan Wan yang berlangsung pada 18 dan 19hb Julai baru-baru ini. Sebagai mukadimahnya, biar aku maklumkan bahawa Wan berasal dari Sekinchan, Selangor. Ina pula adalah seorang guru di sebuah sekolah ternama di Melaka iaitu Sekolah Menengah Muzaffar Shah (MOZAC). Yang paling bestnya, ada persembahan GEMAKUNCAK yang didatangkan khas dari MOZAC untuk menghiburkan para hadirin yang datang.

Sepanjang aku menceburi bidang foto kahwin ini, satu-satunya pengalaman aku bila melihat remaja-remaja yang masih muda belia yang boleh bermain alat-alat muzik lama dan tradisional nie. Terus terang aku katakan, jangankan nak main alat muzik tradisional seperti nie, namanya pun aku tak tahu....giler kolot aku nie...hehehehe...

Kepada Ina dan Wan, terimalah slide show ini seadanya. Harap-harapnya pasangan pengantin baru ini terhibur dengan slide show aku nie. Semoga keduanya berkekalan sehingga ke akhir hayat...AMIN...

Kepada rakan-rakan photographer Melaka, maafkan aku sebab tak dapat nak join sekali aktiviti PHOTOHUNT OUTING yang diadakan pada 19hb Julai yang lepas atas amanah dan kerja yang perlu aku laksanakan. Harapnya korang semua enjoy dan bergumbira masa outing tue. Kalau ada lagi aktiviti seperti tue, roger aku...insya-allah kalau ada masa free KOMPOM aku turun dan join korang semua....

Dan dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ajak (Razak Latif) kerana sudi "cover" event aku baru-baru nie...steady aarr bro....hehehe...CAYOK!!!...



-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 20 Julai 2009




:: MALANG SUNGGUH NASIB KU.....

Kata orang, dah jatuh ditimpa tangga... begitulah nasib yang menimpa aku baru-baru nie. Nak dijadikan cerita, handphone kesayangan aku telah diculik dan dilarikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Dah la website aku nie dah digodamkan, sekarang handphone pulak hilang...adus!!! tapi apa-apa pun aku tetap redha dengan apa yang berlaku.

Kelam-kabut jugak aku bila hilang handphone nie. Mana taknya semua nombor ada dalam handphone tue. Nak jadikan cerita aku nie lebih drastik, aku pulak tak buat backup untuk nombor yang ada dalam sim kad aku. Arrrrgggghhh!!!! tekanan betul la....

Aku memang sayang sangat kat handphone aku tue. Mana taknya, aku berikat perut buat simpanan nak beli handphone, alih-alih lesap...Banyak sangat kenang aku dengan handphone tue. Saat jatuh dan bangunnya aku dalam bidang fotografi pun bersama beliau. Kini beliau sudah tiada lagi disisiku...ish! ish! ish!....

Tapi bila difikirkan balik, flashback masa 10 tahun yang lepas, aku tak ada handphone pun aku tak kisah. Member-member yang lain masa tue kecoh pakai telefon ericsson T10, motorola talk-about dan macam-macam lagi, tapi aku still dengan telefon kuning hitam (public phone). Eh! bukan itu saje, time tue pulak tengah top kompose lagu dari internet. Macam2 jenis bunyi keluar sampaikan bunyi badak air tengah sembelit pun ada. Hebat betul time tue. Dan yang kemuncaknya apabila Nokia telah mengeluarkan satu gadjet telefon bimbit tanpa antena iaitu 3210. Pergh...time tue tengok orang pakai giler punya hebat. Nak beli tak mampu. Lagipun bagi aku, masa tue handphone bukan kepentingan buat aku. Sape yang pakai 3210 time tue, siap gantung kat leher beb...1KM dah boleh nampak handphone dia...berlagak betul...cis!!

TAPI sekarang, bila tak ada handphone, boleh bikin jiwa kacau....tido tak kenyang, mandi tak lena dan macam2 lagi la... Boleh jadi sasau ooo...Jadi kepada semua pengguna handphone di luar sana, jagalah handphone anda sebaik mungkin. Dan jangan lupa buat backup nombor yang berada di dalam sim kad anda.

Kepada rakan2 ataupun sesiapa yang cuba call aku minggu lepas tak dapat-dapat, jangan hempaskan handphone anda...bukan salah handphone anda, tapi salah mamat yang curi handphone aku tue... So, sekarang aku sudah boleh dihubungi dengan nombor seperti dulu. Tiada perubahan. Kalo berubah pun cuma model handphone ajer kot...

P/s : kepada sony ericsson W810i ku yang telah hilang, kau tetap berada di dalam hati ku.....


-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 9 Julai 2009




:: MAJLIS PERKAHWINAN | ANIS & ANISA










Update..update....

Kali nie, aku selitkan satu slide show untuk majlis perkahwinan di antara saudara Anis dan pasangannya Anisa. Unik kan...Anis dan Anisa.

Majlis berlangsung di Bukit Rambai, Melaka. Saudara Anis nie datangnya jauh nun di utara. Anis sekeluarga datang dari Perlis. Orangnya "sporting" dan sempoi....Dari mula aku jumpa Anis sampailah 'ending' majlis dia...asyik senyum sambil buat lawak....seronok bekerja dengan pasangan pengantin baru nie...

Kepada "makeup artist" ... Puan Rita dan Maria...terima kasih atas kerjasama tidak lupa juga kepada rakan vediographer, saudara Khairul. Seronok berkerjasama dengan bro....insya-allah kita berjumpa di lain majlis pulak....hehehe...

Kepada tuan punya gambar, saudara Anis dan Anisa...harapnya bersabar tunggu custom album korang. So...untuk mengubati rindu korang, terimalah slide show yang tak seberapa tue....Harapnya korang sekeluarga, enjoy dan senyum selalu...ok...

Sekian.... PEACE!!!....


-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 28 Jun 2009



:: MAJLIS PERKAHWINAN | FATIN & ARIL









Untuk pertama kalinya, update post dalam blog baru aku nie. Majlis perkahwinan di antara saudara Aril dan pasangannya Fatin yang berlangsung di Kampung Paya Luboh, Melaka.

Sebelum nie, aku dah updatekan post nie tapi kerana serangan yang teramat dashyat sampaikan semua fail dalam blog aku corrupt maka terpaksalah aku mulakan entry yang baru.

Kini, aku dimaklumkan ramai juga server yang kena hack dan mengganggu banyak blog. Jadi kepada pengguna dan pembaca blog di luar sana, harapnya bersabar kerana kesan serangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab nie.

Kepada Cik ALONG (eh! ini bukang ALONG bukit beruntung tau...nie Along baik punyaaaa!!!) serta anggota bala tentera yang sudi menghadirkan diri dalam sesi outdoor, terima kasih diucapkan. Tanpa korang semua, sunyilah Taman Seribu Bunga tue...hehehehe....

Kepada semua yang terlibat, terima kasih aku ucapkan. Jasa korang semua akan ku ingat sampai bila-bila....

Terima kasih juga kepada junior photographer aku....dah lama tak jumpa...

Peace!!...tunggukan entry yang mendatang..ok...



-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 26 Jun 2009



:: RALAT



Kepada pembaca blog diari@mozabas.com ini, kami memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang timbul sejak kebelakangan ini. Ini adalah kerana laman ini telah di godam dan di serang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Banyak antara fail yang sedia ada telah "corrupt". Jadi, kepada semua harapnya dapat bersabar. Oleh sebab yang demikian, terimalah papan antaramuka pengguna yang baru dari kami.

Harapan kami agar "interface" baru ini lebih memudahkan anda semua peminat blog ini.

Sekali lagi kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.


-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 20 Jun 2009


   
 
 

themes blog ini telah dibangunkan sendiri oleh www.mozabas.com
email : admin@mozabas.com