:: PERKAHWINAN WAFA & FARAH, SUNGAI BULOH



Kali ini aku nak updatekan majlis perkahwinan
antara Wafa (nama sebenar tau) dan juga Farah
di Sungai Buloh, Selangor. Aku dan lipaspencen
bertolak pada hari Jumaat. Kami selamat sampai
di Kuala Lumpur pada sebelah petangnya.
Nasib baik kami ada Navigator bergerak. So,
senanglah kami cari rumah pengantin. Tue pun
sesat jugak. Cari punya cari jumpa akhirnya.
Kami sampai pada masa yang dijanjikan. Tapi
petang tue hujan turun dengan lebatnya. Berdasarkan
sumber yang boleh dipercayai KL sekarang nie
bila petang ajer hujan.
Upacara tunang dan nikah berlangsung sekaligus.
Nikahnya dibuat di rumah pengantin perempuan
dan bersandingnya di dewan Meranti, MBSA.
Apa yang specialnya ialah wang hantaran. Jumlah
wang hantaran Wafa kepada Farah adalah RM12,345.67.
Unik kan....
Semuanya berjalan lancar cuma sesi outdoor
sebelah petangnya tidak dapat di lakukan kerana
hujan lebat. So, sesi tersebut ditangguhkan
dan akan dilakukan pada hari lain.
Terima kasih kepada Mr. Azrai (navigator bergerak)
kerana sudi tumpangkan kami dirumahnya dan
juga sudi bawa kami berdua jalan-jalan disekitar
KL. Dan juga kepada semua ahli keluarga Farah
dan Wafa atas segala kerjasama yang diberikan
kepada kami semasa sesi pengambaran dijalankan.
Kepada Wafa dan Farah, selamat pengantin baru
kami ucapkan pada korang berdua. Semoga jodoh
korang berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Untuk mengikuti kisah selanjutnya, boleh layari
blog www.lipaspencen.com.
Beliau adalah OP dalam job nie.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 25 Oktober 2009
:: DESTINASI KITA BY LIPASPENCEN & MOZABAS
Dah
lama sangat aku tak update blog nie. Bukannya
aku menyepi diri ataupun berdiam diri. Tapi
mungkin masa aku yang padat dengan kerja-kerja
seharian tidak membantu aku untuk update blog
nie mengikut masanya. Kepada pengunjung maaf
aku pinta.
Kali nie aku nak citer pasal perjalanan aku
pada minggu nie. Hujung minggu nie aku dengan
lipaspencen akan bertolak ke Selangor. Kami
akan berkampung di sana selama 2 hari 1 malam.
Macam biasalah, kami kena cover satu job kahwin
di Sungai Buloh. Buat masa nie, brader Rahman
(R) studio dah book satu seat untuk follow
kitaorang...tapi belum kompom lagi.
Insya-allah, kami akan cuba rakamkan perjalanan
kami ini. Sekiranya tiada apa-apa halangan
kami akan updatekannya di dalam blog nie.
Doakan agar perjalanan kami selamat dan diberkati
oleh-Nya. Tunggukan update terkini dari Selangor
nanti. Sama-sama kita saksikan.....
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 21 Oktober 2009
:: WWW.MOZABAS.COM BERWAJAH BARU
Alhamdulillah
setelah bertungkus lumus, akhirnya www.mozabas.com
telah pun melancarkan interface barunya secara
rasmi. Ianya mudah dan senang untuk digunakan.
Terdapat menu tentang kami, blog, produk dan
pakej, galeri foto dan juga hubungi kami.
Sebelum ini, mozabas.com hanya link kan pautannya
terus kepada blog diari@mozabas.com
Peringatan, sebelum korang nak layan website
aku nie, korang mestilah dah ada flash player.
Kalau tak ada, tak boleh nak layan. Korang
boleh download flash player tue kat mukadepan
website aku nie.
Aku harap korang sudi berikan komen positif
mahupun negatif mengenai website baru mozabas.com
ini. Insya-allah yang mana kurang aku akan
cuba perbaiki lagi.
Disamping kesempatan ini, aku ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
dan juga kepada mereka yang tak jemu-jemu
memberikan sokongan dalam proses pembikinan
website ini. Terima kasih kepada korang semua....
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 30 September 2009
:: SALAM AIDILFITRI 1430H
Dalam
tak sedar bulan Ramadhan telah pun meninggalkan
kita. Dan kini Syawal datang lagi. Hari yang
di tunggu-tunggu oleh seluruh umat islam di
dunia ini.
Bila sebut ajer pasal Hari Raya nie, teringat
jugak kisah kecil-kecil aku dulu. Bila bab
puasa, punyalah liat nak bangun sahur dan
berpuasa. Paling hebat pun pukul 1.00 tengahari
dah berbuka. Relaks ajer makan kat dapur...tapi
bila bab raya, kecoh nak baju baru, kasut
baru dan semuanyalah baru.
Siap bapak aku buat announcement, sapa-sapa
dapat puasa penuh dapat RM10. Time tue RM10
tue besar benar nilainya. Tapi kalu tak dapat
puasa penuh dapat hadiah jugak. Kena rembat
dengan tali pinggang askar bapak aku...hehehe...
Itulah antara sedikit sebanyak pengalaman
masa aku kecik-kecik dulu dalam bulan puasa
dan raya. Macam-macam kisah manis dan pahit.
Itulah pengalaman yang tak akan mungkin aku
lupakan sampai bila-bila.
Sekarang nie, syukurlah kepada Allah s.w.t.
Semuanya dah berubah...dulu aku sambut hari
raya sebagai anak dan seorang abang serta
adik kepada seseorang...tapi kini aku menyambut
hari raya sebagai seorang suami dan juga seorang
bapa.
Sekarang baru aku rasa apa itu tanggungjawab
sebagai seorang suami dan juga seorang bapa.
Dan kini aku tahu, kenapa dulu-dulu, bapak
aku sibuk nak beli baju anak-anak dia, tapi
dia sendiri tak beli baju raya dan tak ada
baju raya pun. Dia cuma pakai kain pelikat
dan baju melayu ntah berapa tahun-tahun lepas
punya. Itulah nilai kasih sayang seorang bapa
kepada anak-anaknya.
Kepada bapak dan mak yang aku kasihi dan sayangi
selalu, terima kasih atas segala jasa dan
kesabaran selama ini mendidik aku untuk menjadi
seorang manusia dan insan. Terima kasih juga
kerana telah mencurahkan kasih sayang sepenuhnya
kepada aku. Tidak dapat ku balas jasa bapak
dan mak. Ampunkan segala dosa dan kesilapan
aku selama ini. Selamat Hari Raya bapak dan
mak....
Dan tidak lupa juga kepada seluruh muslimin
dan muslimat, Selamat Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir dan batin....dari aku
dan seluruh warga kerja di www.mozabas.com.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 14 September 2009
:: BAZAR RAMADHAN, BANDAR ALOR GAJAH






Semalam
aku dan lipaspencen berkesempatan melakukan
aktiviti "shoot n shop". Kali ini
kitaorang memilih Baazar Ramadhan di Bandar
Alor Gajah. Lokasinya betul-betul berhampiran
dengan 'round-about' di tengah-tengah bandar
Alor Gajah. Terdapat bermacam-macam jenis
makanan yang dijual disini.
Masakan dari Utara sampailah Selatan. Naik
rambang bijik mata lihat bermacam jenis juadah
nie. Sungguh ramai orang kat sini. Sampaikan
aku terpaksa menyelit sana sini untuk shoot
gambar.
Nak bagitau, korang boleh try rasa makanan
seperti nasi lemak kukus dengan ayam rempah,
cucur udang alor gajah, nasi ayam nadia dan
juga murtabak rembia. Kompom sampai menjilat
kepala....best wooo.... Jadi kalau korang
datang ke Baazar Ramadhan di Alor Gajah nie,
jangan lupa cari menu yang aku bagi tadi.
Pasti korang tak kan menyesal punya.
Jadi tak lama lagi kita akan menyambut Syawal.
Jadi, tunggukan liputan mengenai persediaan
untuk menyambut Raya dari aku.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 14 September 2009
:: BAAZAR RAMADHAN, TAMAN CEMPAKA, PERINGGIT,
MELAKA








Kali
ini aku dan lipaspencen mula menjelajah ke
bazar ramadhan yang berhampiran yang terdapat
di dalam negeri Melaka untuk aktiviti TEMBAK
DAN BELI DI BULAN POSA.
Untuk entry kali ini, aku dan lipaspencen
berada di bazar ramadhan yang cukup terkenal
di Melaka, iaitu bazar ramadhan di Peringgit,
Melaka. Kalau citer pasal bazar kat Peringgit
nie, mestila 100% orang-orang Melaka mesti
tau. Famous giler kat sini. Tambah-tambah
lagi minggu-minggu terakhir posa...lagi la...huuuuhh!!!
nak parking kereta pun payah....
Kata orang, macam-macam ada jual kat sini.
Dari makanan yang sedap-sedap sampailah ke
baju dan pakaian. Macam-macam ada...Harga
berpatutan.
Saya juga berkesempatan melawati booth yang
terdapat di dalam pasaraya TESCO. Banyak juga
syarikat-syarikat Bumiputera yang menyertai
booth-booth ini. Ada yang menjual karpet,
pakaian, kuih-muih, biskut raya, dodol dan
macam-macam lagi. Yang special kat sini, kita
boleh beli dodol yang original 100% asli yang
masih panas dalam kuali. Steady arrr!!! Diaorang
siap masak dodol kat situ. LIVE BRO!!!....
Kalau tak percaya, sila lawati booth yang
terdapat di perkarangan pasaraya TESCO.
Jadi kepada anda semua, selamat berbuka puasa
dan juga selamat menyambut hari kemerdekaan
negara kita Malaysia kali yang ke-52.
Tips Ramadhan : Membeli ikut saiz perut bukan
ikut saiz poket...hehehe (maksudnya jangan
beli ikut nafsu tapi beli ikut keperluan)...renung-renungkan
dan selamat beramal.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 31 Ogos 2009
:: TAKE A BREAK

Bulan
nie adalah bulan untuk aku berehat di rumah
dan melakukan sedikit aktiviti yang berfaedah.
Dan kebiasaannya, bulan Ramadhan nie ramai
di kalangan photographer-photographer perkahwinan
seperti aku nie mengambil kesempatan ini untuk
meluangkan masa bersama keluarga di samping
menjalankan ibadah puasa.
Tapi tak semua photographer perkahwinan yang
akan berehat. Ada juga sebahagiannya masih
mempunyai job wedding yang perlu dicover.
Contohnya seperti majlis perkahwinan dari
bangsa lain seperti India, Cina dan sebagainya.
Kepada mereka ini, selamat bekerja dan selamat
menghasilkan gambar-gambar yang best.
Aku akan mula gantungkan kamera aku buat seketika
mulai minggu ini. Dan insya-allah aku akan
mula kembali ke track pada Raya Ke-3. Tapi
kepada peminat blog diari@mozabas.com ini,
janganlah kecewa ataupun risau...kerana blog
ini akan sentiasa di update dari masa ke semasa
sampai la Raya nanti.
Yelah, bila dah minat dan suka, boleh ker
nak gantung kamera selama sebulan nie. Rasanya
tak dapat kot...tangan mengigil ajer nak tekan
shutter tue...hehehe....tapi demi korang semua,
aku dan saudara LipasPencen dah ada pelan
untuk shoot khas untuk updatekan blog kitaorang
nie. Yang penting korang doakan aku nie cepat
sembuh dan kembali aktif seperti sediakala...
Nak tahu apa citernya, kompom la mengenai
ragam dan pandangan sekitar bulan Ramadhan
nie. So, janganlah ke mana-mana dan tunggukan
post edisi bumper puasa nanti di blog nie.
Kepada rakan-rakan yang tak sempat aku nak
masuk website or blog masing-masing, di sini
aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan
Al-Mubarak kepada korang semua. Kasi rest
korang punya otak dan kasi kumpul idea-idea
yang kreatif dan inovatif untuk shooting akan
datang.
"satu matlamat, satu minat"
"Majulah fotografi demi Negara"
"Selamat Menyambut Ramadhan"
"Selamat Menyambut bulan Kemerdekaan"
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 22 Ogos 2009
:: MAJLIS PERKAHWINAN | ZACK & SITI AMINAH




Nampaknya
demam dan batuk aku nie tak reda-reda lagi.
Bertambah teruk nampaknya. Mana taknya, sekarang
nie suara pun dah tak ada. Cakap pun bukannya
suara yang keluar tapi angin ajer....sabarlah
berbanyak...
Nasib baik tak ada job wedding untuk minggu-minggu
terakhir nie sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Kalo tak naya ajer aku. Macamana nak berkomunikasi
dengan client nanti...Mesti nanti client tue
gelak kan aku sambil berguling-guling macam
gasing...
Kepada client-client aku yang tengah tunggu
album mereka, aku mohon maaf sekiranya album
anda semua lambat sampai di tangan anda. Ini
adalah masalah kesihatan yang aku alami dua
tiga minggu lalu. Harap anda semua memahami
masalah kesihatan yang aku alami nie.
Untuk post kali nie, aku updatekan sikit pasal
Doktor kita nie. Yang lelakinya Dr. Zakaria
dan pasangannya pula Dr. Siti Aminah. Pasangan
pengantin baru nie, sempoi ajer orangnya.
Sekali pandang, kita pun tak tahu dia orang
nie doktor. Mereka berdua nie, bekerja di
Hospital di negeri Pahang.
Sebelum tue, aku nak ucapkan jutaan terima
kasih kepada Zack dan Siti kerana sudi memberikan
kerjasama yang amat memberangsangkan dan memahami
keadaan kesihatan aku time shoot tue. Mana
taknya, tengah shoot terbatuk-batuk dah macam
nak terkeluar peparu aku.
So, kepada Dr. Zack dan Dr. Siti Aminah, selamat
pengantin baru kami ucapkan. Semoga berkekalan
sehingga ke akhir hayat. Dan selamat berkhidmat
untuk rakyat dan penduduk Malaysia.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 20 Ogos 2009