Terlebih
dulu sebelum terlambat aku nak mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2010...dan
selamat tinggal tahun 2009 yang penuh dengan
kenangan manis dan duka...
Untuk sekian kalinya aku updatekan blog ini
dengan Majlis Perkahwinan Suhaimi dan Jana
secara full version. Liputan majlis yang berlangsung
di Melaka dan juga outdoor di Perak.
Tak lupa juga kepada para pelanggan yang saya
hormati, maaf bebanyak sekiranya anda masih
menunggu album perkahwinan anda semua. Kami
di mozabas photo & design ini tengah bertungkus
lumus untuk menyiapkan album anda semua. Harap
anda semua dapat bersabar. Insya-allah kami
akan buat yang terbaik untuk anda semua.
So, kepada Jana dan Suhaimi...selamat pengantin
baru kami ucapkan. Semoga berkekalan untuk
selamanya...Amin....
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 02 Januari 2010
:: JANA & SUHAIMI, FROM MELAKA TO PERAK
Entry kali ini aku updatekan untuk pasangan
Jana dan Suhaimi. Majlis perkahwinan berlangsung
di Melaka dan outdoor pulak di lakukan di
Lumut, Perak Darul Ridzuan. Tempat kelahiran
Suhaimi.
Dan kesempatan ini juga aku mengucapkan tahniah
kepada saudara Lipaspencen kerana sudah pun
menjadi "AYAH" sekarang. Tahniah
bro dapat orang baru. Semoga ko dan isteri
dicurahkan rezeki berlipat kali ganda lagi.
Kena kerja kuat lagi tue...hehehehe....
Tunggukan entry seterusnya ok...
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 28 Disember 2009
:: SHIELA & WAN /KAYROL, KAMPUNG MORTEN
(FULL VERSION)
Rasanya
dah lama sangat aku tak update blog aku nie.
Maaf kepada semua kerana masa yang terlalu
padat tidak mengizinkan aku berpeluang nak
updatekan blog nie.
So kali nie aku updatekan untuk majlis perkahwinan
dan juga outdoor session untuk pasangan pengantin
Shiela dan Wan.
Kepada Shiela dan Wan, maaf dipinta kerana
terpaksa menunggu agak lama untuk album korang
berdua. Insya-allah kami akan buat yang terbaik
untuk anda berdua....
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 28 Disember 2009
:: SHIELA & WAN /KAYROL, KAMPUNG MORTEN
Bulan
ini adalah bulan paling sibuk buat semua photographer-photographer.
Yelah bulan cuti sekolah nie, ramailah orang
buat kenduri kahwin. So seperti biasa aku
pun antara golongan insan yang paling sibuk
untuk amik gambar kahwin nie.
Kali nie, aku updatekan dulu citer pasal Shiela
dan Wan/Kayrol yang melangsungkan perkahwinannya
di rumah Shiela di Kampung Morten, Melaka.
Maaflah kerana sempat update gambar satu nie
ajer. Insya-allah, slideshow akan menyusul
kemudian. Maklumlah sibuk sikit. So kepada
Shiela dan Wan, harap bersabar yea. Nantikan
liputan penuh majlis yang penuh gilang-gemilang
korang berdua nie.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 24 November 2009
:: KARIM & AISYAH (SHASHA), WOODLANDS
SINGAPORE
Julung
kalinya aku menjejakkan kaki ke negara Singapura.
Nak tau juga macamana suasana kawin kat negara
Kota Singa nie. Aku bertolak dari Melaka lebih
kurang jam 7.00 malam hari Jumaat. Aku tiba
di Singapura lebih kurang dalam jam 11.00
malam. Disebabkan kali pertamanya aku ke Singapura
aku buat keputusan untuk memilih kenderaan
awam (bas) ke sana. Lagipun aku bukannya tahu
jalan selok belok jalan kat sana.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma
masa nak wat outdoor tue hujan lak turun.
So tak dapat nak gie banyak tempat. Kebetulan
pulak time tue MERLION (tugu kepala singa)
tengah under construction. Jadi tak dapat
nak shoot kat situ. Kitaorang hanya sempat
gie kat MARINA BARRAGE. Tue pun dah petang.
Aku berharap sangat agar aku akan melangkah
sekali lagi kat Singapura nie dan dapat shoot
kat area MERLION tue. Insya-allah, ada rezeki
ada la... Anyway terima kasih bebanyak kepada
Encik Daud Ali dan Puan Asmah sekeluarga yang
sudi menerima kedatangan kami ke sana dan
menyediakan tempat penginapan serta pakej
makan sekali. Hehehe....
Kepada Encik Azri dan Cik Risha, terima kasih
bebanyak sebab sudi entertaint kitaorang semasa
kat sana dan juga sudi menyediakan pengangkutan.
Dapat jugak aku merasa naik kete SUBARU IMPREZA.
Tak lupa juga ucapan terima kasih ini aku
tujukan kepada "tourist guide" kitaorang
iaitu Cik Syikin. Nanti kalau korang semua
datang ke Melaka, aku belanja makan ikan bakar
baik punya seh!!!!....Kira ok per!!!...
To Mr. Karim, we all doakan agar Karim dapat
main untuk team bolasepak Singapore satu hari
nanti. Untuk pengetahuan korang semua, Karim
adalah salah seorang pemain bola sepak untuk
kelab-kelab di Singapura. Dan Shasha, Selamat
Pengantin Baru kitaorang ucapkan, semoga berkekalan
dan dikurniakan anak yang ramai..... :)
Memo Kaki
: selamat berbulan madu. Jangan lupa ole-ole
dari Australia nanti tau.... :) Terima Kasih
bagi bola sepak kecik tue pada Iqmal...dia
suka sangat bola tue...
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 13 November 2009
:: EDISI KHAS DARI KOTA SINGA
Entry kali ini pasal aku berjalan lagi ke
tempat orang. Tempat yang pertama kalinya
aku jejakkan kaki aku ke sana. Satu tempat
yang asing bagi aku. Tempat yang jauh dari
kebiasaannya.
Letih dan penat badan pun tak hilang lagi
nie. Walaupun letih tapi aku cukup seronok
dan enjoy sekali. Kenangan yang tak mungkin
dapat aku lupakan.
So, kepada Karim dan Shasha dan juga semua
peminat blog ini, tunggukan entry "special"
punya dari kitaorang. Baik punya seh!!....hehehehe....
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator [www.mozabas.com]
date : 13 November 2009